Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Future .

20 March . Pagi yang indah , cuaca yang redup seolah-olah memahami debaran yang terpaku di hati ni . Hari yang menjadi tanda tanya kemanakah langkah aku seterusnya . Sebaik sahaja selesai perkara yang wajib , aku terbaring di atas katil dan Dia menyapa aku . Dia memberi aku kata-kata semangat dan dorongan supaya aku tidak putus asa . Dalam likungan pukul 8.00am , aku iron sepasang baju kurung dan sehelai bawal . Dia di belakang hanya memerhati . Sebaik sahaja bersiap , aku menyapa Dia . Aku kucup dahinya , pipi kiri dan kanannya , aku mencium tangannya , aku meminta berkat darinya , dan aku melangkah kaki menuju ke Dewan Warisan SMK Sultan Omar . Detik seolah-olah berjalan pantas . Tiada perkara lain yang aku fikir melainkan apa yang tertulis di atas sehelai kertas yang bakal aku terima . Aku tak henti henti pujuk hati sendiri supaya terima segalanya dengan ikhlas , redha dan tawakkal . Akhirnya , aku mendapat tahu keputusan aku . Dan aku tak expect dapat macam tu sebab aku target aku boleh dapat lebih . Just 1A tetapi aku puas hati sebab A untuk subjek Maths . Aku tersenyum sebab dah tak mampu nak luah apa-apa . Aku terima semua tu , tapi aku tak tahu family aku dapat terima atau tak . Phone tak henti henti berdering . Ada yang senyum dengan keputusan aku , ada yang mengeluh dengan keputusan aku . Tapi aku just rileks dan terima segalanya .

Sampai je di rumah , aku membuka pintu dengan senyuman palsu , aku melihat Dia menanti aku di ruang tamu . Dia senyum dan melihat keputusan aku . Dia tak cakap apa-apa , Dia cuma membalas segalanya dengan senyuman . Dia cakap , semua ni dah rezeki aku . Tapi aku sedih , aku tahu Dia kecewa, tetapi Dia pendam . Dia tak henti-henti bagi nasihat dan support aku . Dia semangat nak aku sambung belajar ke peringkat lebih tinggi . Dia nak aku kerja selesa , Dia nak aku hidup senang , Dia nak aku berjaya , dan Dia nak segalanya dari aku . Aku nak sangat cakap minta maaf dekat Dia sebab tak mampu buat Dia bangga dengan aku , tapi aku tak mampu nak luahkan segalanya dari mulut aku . Dia layan aku seperti biasa even aku kecewakan Dia . Dia tak marah aku malahan makin menaikkan semangat aku . Dia tetap bergurau dengan aku . Dia buat hati aku rasa tenang walaupun saat tu aku rasa aku dah gagal . Tapi dia ajar aku erti tidak berputus asa . Dia tak hirau apa sahaja tomahan orang terhadap aku , sebab dia yakin yang aku akan berjaya . Dialah insan yang paling memahami aku . Seharian aku moody tetapi Dia cuba faham aku . Dia langsung tak jatuhkan semangat aku .

Dan sekarang , saat Dia mendengar anak-anak orang lain dapat tawaran ke Matriks dan sebagainya , Dia seperti kecewa sebab aku hanya mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam . Sikapnya terhadap aku berubah . Dia kurang bercakap dengan aku . Dia membanding-bandingkan aku dengan anak-anak orang lain . Hancur berkecai hati aku , tapi aku redha sebab memang salah aku . Aku dah buat dia bangga dengan result UPSR aku yang mendapat Straight A's tetapi aku kecewakan Dia dengan result PMR dan SPM aku . Tetapi InshaaAllah aku akan berusaha buat dia bangga kembali dengan result STPM aku nanti . Dan sekarang ni , aku just nak fokus untuk sambung Tingkatan Enam kira-kira pertengahan bulan Mei ni . Aku dah tak sanggup tengok Dia kecewa even Dia tak tunjuk kekecewaan Dia . Tapi aku boleh baca dari mimik muka dia . Aku nak jugak jadi anak yang banyak membantu orang tuanya . Aku bukanlah dari keturunan yang kaya , tapi aku ada harta yang tak ternilai iaitu Ma dan Abah . Aku akan buktikan dekat family yang aku akan berjaya suatu hari nanti . Aku pun ada impian dan cita-cita tersendiri tpi biarlah aku pendam . Aku cuma perlukan restu dari Ma dan Abah dalam semua perkara .

Maa , Abah , adik minta maaf sebab adik tak mampu banggakan Ma dan Abah tapi adik mampu berjanji yang adik akan jaga Ma dan Abah sampai bila-bila . Adik tak kisah apa saja orang nak cakap , sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup kan ? Adik harap adik boleh jadi anak yang berjasa untuk Ma dan Abah . Adik berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk memenuhi impian Ma dan Abah yang nak sangat melihat anak bongsunya ini berjaya menggenggam segulung ijazah dan berjaya dunia dan akhirat . Adik minta maaf sebab tak mampu jadi macam anak orang lain sebab adik adalah adik . Adik belajar dari kesilapan . Adik nak Ma dan Abah bahagia sampai bila-bila . Adik sanggup korban segalanya demi Ma dan Abah . Doakan adik berjaya suatu hari nanti . Terima kasih untuk segala nasihat dan dorongan dari Ma dan Abah dan jasa Ma dan Abah amat ternilai bagi adik . 


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.