Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

jelly


Setelah sekian lama aku tak bukak blog muchy2 aku nih , harini aku dengan rajin lagi happy nak update blog. sebenarnya banyak sangat cerita yg aku nak cerita. tapii tak elok kan cerita kat sini. yelahh , bukan semua orang nak baca cerita aku ni. cerita sedih , gembira , dll . kalau korang betol2 nak baca, sila baca sampai habes . jangan separuh jalan . bab kata pepatah, alang2 menyelup pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. weeee :D

Pertama sekali, aku mintak maaf banyak2 kalau ada yg terguris dengan post aku. aku takde diari, takde orang yg aku boleh luahkan perasaan. so, terpaksalah aku luah dekat muchy2 aku nii. minggu lepas kan, aku betul2 dalam masalah. ceritanya macam ni, Ayzam ada kakak angkat. kakak tuu nama Atikah . aku kenal kakak tuu . mula2 ayzam tak ngaku yg dia ada kakak, tapi firasat aku kuat sangat yg mengatakan ayzam ada kakak angkat. kakak tuu form 6 sekolah aku. dekat seminggu berlalu barulah ayzam mengaku. time dia mengaku tuu, hanya Allah yg tahu camane jantung hati aku time tuu. sebabkan aku tak nak gaduh, aku relakan dan aku bisik kat hati aku jangan cemburu :')

Hari semakin berlalu. sumpah aku memang jarang text dan call dia. kan minggu tu minggu exam. so, kami kena korbankan masa untok study . tiga minggu tanggung rindu dekat si ayzam ni. sebabkan sayang aku kat dia kuat, aku berfikiran terbuka. aku tahu yg dia pun mesti rindukan aku . lepas tiga minggu, masa yg ditunggu tiba . Yeahh , exam dah habes . aku pun ape lagi, masuk pustaka dan pinjam laptop sesape jee dan online. puihh *masuk pustaka untok online 

Tiba-tiba . . . . . . . hati aku rasa dup dap dup dap . rasa nak sangat cek phone ayzam. buka aku was-was dengan dia, tapi lama gila aku tak cek phone dia. time tuu, aku duduk dengan azra dan farah dan budak kelas ayzam. yg laen duk lepak kat pondok bawah . terkejut beruk aku time buka album lam phone ayzam. ada gamba dia dengan kakak angkat dia. time tuu aku cuba senyum dan buat2 ketawa. tapi ayzam tetap tahu yg aku nangis dalam hati. aku takde niat nak gaduh dengan dia, tapi Masyaallah sedihnya aku :')


Aku pun betul2 tak kuat time tuu. aku cuba nak keluar dari pustaka sebab air mata aku dah mula bertakung . tapi ayzam tahan aku masa tuu. dia tak kasi aku keluar. gaduh gaduh gaduh dan gaduh. time tuu aku yg mengalah. ayzam kan baran sikit :/ ayzam sampai baling phone dia. aku pun menangis macam orang gila dan teros keluar dari pustaka. kebetulan, kawan2 aku yg laen naek. aku terus duduk atas lantai yg kotor tuu, kawan2 aku cuba tenangkan aku. yg aku sedih, cincin yg sebenarnya ayzam nak bagi dekat aku, ayzam bagi dekat dia. memang cincin tuu ketat sikit dengan aku, tapi dia tak pandai jaga perasaan aku. sedihnyaaaa :(

Mak cik Aisyah yg busuk ni tak henti2 nasihat aku. ada yg suruh aku tinggalkan ayzam, ada yg suruh aku berbaek. Ya Allah, mana mungkin aku tinggalkan dia . aku dengan dia hampir 1 tahun 6 bulan dahh . aku sayang dia double triple tahu . sebabkan aku nangis tak henti2, aisyah pergi jumpa ayzam dan cakap dengan ayzam. masa tuu aku lembik lolai dah. tapi aku tetap tenang. aku teros balik rumah sebab aku tak sanggup nak tengok muka ayzam .

Aku tak mesej sekeping pun ayzam. dia banyak kali mintak maaf. aku tetap tak balas. masa tuu aku rindu dia setengah mati. malam tuu dia pun call aku dan pujuk aku. dia mengaku semua kesalahan dia. aku pun dah tenang. esok harii tu, aku jumpa kakak angkat dia tapi aku tak cakap sebab aku takot aku nangis :') balek tu aku mesej kakak tuu kasar sangat. ayzam sedarkan aku yg tak salah nak ambil kakak angkat. sebenarnya aku ni yg cemburu tak tentu hala. tapi wajarkan aku cemburu ?


See ? cemburu itu fitrah ! tapi sekarang semuanya selesai. aku boleh terima semuanya even hati aku terluka. seminggu tu aku memang kuat sebab aku tidur dengan air mata dan bangun dengan satu senyuman :') kakak tuu jugak baik dengan aku. Ayzam, tolong jangan buat saya camni lagi ek. saya terseksa sangat. aku harap hubungan aku dengan ayzam kekal sampai bila2 . aku sayang dia . DIA . Nor Azyani sayang awak Wan Ayzam Azren :*
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.