Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Coretan Buatmu


Lama gila kot aku tak update blog ni . hmm skarang ni pun dah masuk Tahun baru , tahun lepas tuu jadikan kenangan . Banyak suka duka sepanjang tahun 2013 . Semua tu aku takkan lupa sampai bila bila . Dan sekarang , aku mulakan tahun baru dengan azam yang baru, life yang baru, dan everythings baru . Ye aku dan Najmi tak bersama dah . Mungkin ada yang tertanya tanya kenapa ataupun salah sapa , tapi bagi aku ni semua dugaan .

Awak ,

Awak ingat tak mcamane kita boleh kenal ? Hee masa tuu kelakar kan . Awak kan musuh saya since form 2 till form 4 . Dan form 5 kita tuisyen sama sama , masa tu Sir selalu je nak jodohkan kita . Sir selalu kenekan kita kan ? Hahaha setiap kali Sir buat macam tu , awak dan saya mesti malu malu . Sampaikan kita naik geram dengan Sir . Saya selalu je suka kuat kuat dekat tuisyen , dan balik je tuisyen awak mesti tegur saya dekat Facebook . Awak cakap saya suka comel lah , itu lah , ini lah . Heee masa tu serious saya malu ;)

Awak ,

Awak ingat tak first kita cakap depan depan ? Masa tu awak belanja saya Aiskrim Cornetto Kitkat . Pheww masa tu saya malu gila . Awak belikan aiskrim tuu , then awak suruh sorang budak tu hantarkan kepada saya . Masa tuu benci saya kat awak dah takde . Hehehe ramai je kawan kawan yang gossipkan kita kan ? Saya buat tak endah je . Sebab gossip sekolah memang tak betul pun :D

Awak ,

Awak ingat tak first kita mesej ? Haha masa ni serius kelakar . Kita start mesej 2hari sebelum birthday saya . Kita start texting pun dah dekat nak maghrib kan . Tapi kita text tak lama pun sebab masa tuu saya sangat sangat letih baru habis lawan Bola Jaring . Awak tanya birthday saya bila , dan saya jawab 10 Oktober . Haha saya saje je tipu awak masa tuu . Sorry tau , Hiksss

Awak ,

Awak ingat tak mcamane kita boleh couple ? 5 Mei malam tu awak call saya , niat kat hati saja saja je nak cakap . Tapi tetiba je awak bagi ayat acah acah nak bercinta . Kehkeh awak sweet lah masa tuu . Saya tak sayang awak pun masa tu , saya takde apa apa perasaan pun kat awak masa tu , tapi saya terima awak dalam hidup saya sebab saya yakin yg saya mampu sayang dan cinta awak .

Awak ,

Awak ingat tak first date kita ? Kita jumpa dekat KFC kan . Masa tu memang lah saya malu sikit sikit sebab saya tak pernah pun cakap dengan awak depan depan . Kalau cakap pun cuma sepatah dua je . Hee masa tu kita duduk depan depan kan . Awak tengok saya dan saya tengok awak . Masa tu tak lah cakap banyak mana sebab malu ;P

Awak ,

Awak ingat tak tudung bawal yang awak belikan untuk saya ? Dua helai pulak tu , awak bagi tudung bawal tu dekat sekolah . Awak letak tudung tu bawah meja saya time saya takde dalam kelas , then awak text saya cakap ada something bawah meja saya . Saya ingatkan awak usik saya , mana lah tahu kot kot awak letak lipas or apa apa bawah meja saya . Awak kan jahat hahahaha XD

Awak ,

Awak ingat tak first kita pergi pantai sama sama ? Masa tu awak ajak saya keluar , saya ingat awak nak ajak saya pergi taman atau mana mana , last last awak ajak pergi pantai . Haa ini first time seumur hidup saya pergi pantai dengan boyfriend . Masa tuu kita ambil gambar banyak gila kan ? Heee thanks untuk kenangan ni :')

Awak ,

Awak ingat tak first awak kenal rumah saya ? Awak follow saya dan hantar saya sampai depan rumah . Awak ingat kan ? Then awak cakap yang awak selalu je lalu kot rumah saya sebelum sebelum tuu . Awak ingat tak awak hantar burger , tomyam untuk saya ? Bila takde makanan kat rumah , awak mesti busy nak hantarkan makanan . Awak sweet sangat .

Awak ,

Awak ingat tak moment kita kebasahan mandi hujan sama sama ? Masa tu awak teman saya beli barang , then kita parking motor jauh sangat . Masuk je dalam kedai celcom , tiba tiba je hujan . Awak senyum sinis time tu . Tunggu punya tunggu , hujan tak henti pun . Awak pun ajak saya redah hujan . Hahaha yg buat saya speechless bila nak berlari tu , awak pegang tangan saya . Masa tu saya rasa macam taknak lepas :')

Awak ,

Awak ingat tak masa saya demam teruk ? Masa tu awaklah yang over risau dengan keadaan saya . Awak selalu je suruh saya rehat sebab takut demam saya makin teruk . Awak membebel dekat saya sebab sebelum tu saya selalu je degil taknak dengan apa awak cakap . Masa tu saya terharu sebab awak over caring :'(

Awak ,

Awak ingat tak moment awak makan Pai Crustless yang saya buatkan tu ? Awak cakap sedap dan awak makan sampai habis . Hee thanks sebab makan masakan saya tau . Awak ingat tak awak mari rumah saya dan ambil chicken chop buatan saya ? Awak cakap sedap cuma sos tu terlalu pekat . Tapi awak still puji masakan saya ;)

Awak ,

Awak ingat tak yang kita ada jam couple ? Masa tu saya online Facebook dan tetiba je terbuka gambar jam couple tu . Saya tanya awak berminat atau tak , tapi awak cakap awak ikut saya je . Sebenarnya bukan yg lambang England kita nak kan , tapi yg awak pilih tu semua dah habis . Awak ingat tak masa jam tu sampai saya tak bagi tahu awak . Then saya ajak awak jumpa kat taman konon konon sebab rindu . Bila jumpa je saya keluarkan jam tu then awak terkejut . Hee masa tu comel sangat :)

Awak ,

Awak ingat tak awak suprise kan saya dengan bear putih tu ? Masa tu suprise awak menjadi . Awak mari rumah saya dan bagi satu kotak . Kesian tau bear tu lemas dalam kotak tu . Thank youu sebab bagi saya peneman . Saya namakan bear tu as Amell . Comelkan ? Hee ada makna disebaliknya :')

Awak ,

Awak ingat tak perfect date kita ? Kita pergi KFC , pergi Tutti Frutti , pergi pantai . Sweet kan . Masa sampai dekat pantai , kita parking motor , then awak pegang tangan saya terus kita berlari sama sama pergi berhampiran air pantai . Awhh masa tu serious happy tahap maksimum . Saya senyum sorang sorang je masa tu sebab terlampau happy :D

Dan Awak ,

Kenapa awak tinggal saya saat saya perlukan awak ? Kenapa awak pergi saat saya mula bahagia ? Saya tak mampu nak lupakan awak , saya tak kuat kehilangan awak . Saya tahu mungkin perpisahan ni yang terbaik , tapi cinta dan sayang saya kat awak makin kuat . Saya hilang orang yang selalu temana saya ke mana je saya pergi, saya hilang orang yang selalu call saya malam malam, saya hilang orang yang selalu wish morning bila saya bangun je dari tidur, saya hilang orang yang selalu saya mengadu sesuatu, saya macam hilang semuanya .

Tapi awak , saya kuat . Saya kuat sebab saya sayangkan awak . Saya taknak tunjuk dekat awak yang saya lemah . Saya tahu saya perlukan masa yang lama untuk terima semua ni . Saya tahu banyak salah saya dengan awak , saya tahu banyak saya lukakan hati awak . Awak maafkan saya k :')

Saya lemah tiap kali bangun tidur . Tapi saya cuba bangun sendiri saat saya jatuh . Saya tahu hati saya kuat . Awak tetap ada dalam hati saya . Saya janji takkan buang awak dari hati saya ni . Awak akan kekal selamanya . Insha Allah kalau saya panjang umur . 

Saya nak awak tahu , saya terlalu bahagia dengan awak . Terlalu banyak kenangan yang awak ukirkan dalam hidup saya . Hidup saya umpama pelangi selepas awak hadir . Ada manis ada pahitnya . Ada suka ada dukanya . Terima kasih untuk semuanya awak . Sekarang ni kita tukarkan percintaan kepada persahabatan . Dan awak cakap awak nak berkawan dengan saya sampai bila bila . Saya bahagia dengan cara macamni . Even saya tak mampu dapat cinta awak , saya mampu dapat kasih sayang sebagai sahabat .

Terima Kasih , Muhammad Najmi Asyraf B. Abu Bakar </3
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.