Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Resepi Aiskrim Pelangi Ala-Ala Paddle Pop !

Keadaan kemarau macam sekarang nii memang sesuai sangat kalau fridge korang penuh dengan aiskrim. Kalau nak asyik beli jee memang pokai lah kan. Hahaha aku ada try resepi Aiskrim Pelangi Ala-Ala Paddle Pop ni. Dan aku langsung tak expect yang aiskrim aku betul betul menjadi. Haha satu kepuasan bagi aku XD
Tadaa. Yang tu lah aku try buat. Tapi takde lah sampai guna batang lidi tuu. Cuma aku cuahkan dalam bekas. Hahahaha resepi dia memang mudah yang amat sangat ! Sure korang semua takkan gagal buat aiskrim ni. Cuma rasa dia takde lah sama sebijik macam yg Paddle Pop punya.
Bahan-bahan :
A) 1/2 tin susu pekat [kalau tak suka manis, kurangkan kuantitinya]
B) 3 cawan susu segar [tak kira lah full cream or original] 
C) 2 sudu teh esen vanilla
D) 2 sudu teh ovallete
E) pewarna [warna ikut suka korang]
Cara-cara :
1- Make Sure mixer korang bersih. Maklumlah, nak buat sesuatu makanan kan kebersihan diutamakan. Cewahh kelas gituu ayat ^^

2- Masukkan bahan A,B,C, dan D sekali gus dan mixkan sampai gebu. Aku ambil masa 30 minit untuk mixkan semua tuu sampai adunan betul betul gebu dan menarik.

3- Selepas semuanya siapp, asingkan adunan ke dalam beberapa bekas berdasarkan pewarna yg korang guna. Aku buat hari tuu just guna dua warna, so aku asingkan ke dalam dua bekas. Biasanya orang guna empat warna [Hijau, Kuning, Biru dan Merah]

4- Masukkan sedikit pewarna ke dalam bekas dan kacau sehingga rata. Make sure jangan letak banyak sangat pewarna sebab dia boleh mengganggu rasa aiskrim korang.

5- Masukkan ke dalam bekas besar selapis demi selapis sampai habis semua warna . Lagi banyak warna lagi lah menarik.

*Kurang menarik sebab guna dua warna jee, tapi rasa not bad lah. Hikhik

6- Selepas siap, terus masukkan dalam fridge. Keesokan harinya boleh lah tapau sampai puas. Hahahaha
Hahaha aku awal awal lagi dah rasmi .

Rupa yang sepatutnya macam ni, tapi sebabkan aku buat secara mengejut, so tak sempat nak cari pewarna kat kedai. Hihi


SELAMAT MENCUBA !
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.